MISI WAKAF

SEJADAH ANTI-SAKIT SENDI

KERJASAMA SAJADA & MUSZLEEM MALAYSIA

Kami di SAJADA & NGO MUSZLEEM Malaysia telah bekerjasama didalam MISI MEWAKAFKAN SAJADA PORTHOPEDIC.

Misi UTAMA kami adalah untuk mewakafkan 10,000 Unit SAJADA Porthopedic (Sejadah Anti-Sakit Sendi) ke Rumah-rumah Orang Tua Islam, Masjid & Surau di Seluruh Malaysia.

Dana yang diperlukan : RM100,000 (1,000 Unit SAJADA)

Tempoh Misi : Bermula Ogos 2018 - Disember 2019

Hadith Riwayat Muslim

Apabila matinya anak Adam, maka akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG DIMANFAATKANdanANAK SOLEH YANG MENDOAKANNYA

KENAPA WAKAF SEJADAH TEBAL?

Mengikut data yang kami terima, 91% penghuni di Rumah Orang Tua mempunyai masalah SAKIT LUTUT & Sakit Sendi. Ini adalah kerana rata-rata penghuni adalah mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Mereka sering mengadu kesakitan terutamanya ketika ingin solat. Ada yang terpaksa solat menggunakan kerusi dan terpaksa lapik dengan beberapa kain untuk dijadikan sejadah.

Kami juga ingin membantu IMAN & Jemaah Masjid yang mengalami masalah ketidakselesaan di bahagian SENDI, LUTUT dan PERGELANGAN KAKI supaya mereka dapat beribadat dengan LEBIH SELESA

BAGAIMANA SAJADA INI BOLEH MEMBANTU?

SAJADA PORTHOPEDIC adalah merupakan sejadah tebal diinovasikan khas untuk mereka yang mempunyai sakit lutut & sakit sendi. Berketebalan 15mm di mana ianya merupakan sejadah yang paling tebal yang terdapat di Malaysia. Diperbuat daripada NBR Foam, sejenis bahan premium berkualiti tinggi berfungsi untuk mengurangkan tekanan.

SAJADA AKAN DIWAKAFKAN DI MANA?

Sumbangan akan diagihkan secara berperingkat. Bermula pada bulan Ogos-Oktober 2018, kami akan agihkan sumbangan di sekitar negeri Selangor dahulu. Berikut adalah tempat-tempat sumbangan yang kami telah pilih:

  • Pusat Jagaan Sinar Harapan, Puchong
  • Pusat Jagaan Warga Tua Cahaya, Puchong
  • Pusat Jagaan Warga Tua Damai, Cheras
  • Pusat Jagaan Warga Emas Kerling, Ulu Selangor
  • Pusat Jagaan Harian Kelab Warga Emas, Subang
  • Persatuan Rumah Caring, Kajang
  • Noor Qaseh Care Centre, Shah Alam
  • Bandar Damai Home Care, Cheras
  • Favourite Home Care, Cheras
  • Pusat Jagaan Noble Care, Rawang
  • Pusat Jagaan Darul Insyirah, Bangi
  • Pusat Jagaan Wargamas Air Tenang, Klang
  • Pusat Jagaan Summer Hill, Hulu Langat
  • Pusat Jagaan Husna Ar-Rasyid, Gombak
  • Pusat Jagaan Siti Noraini, Semenyih
  • Pusat Jagaan Amal Murni, Kajang
  • Masjid-masjid & Surau-surau sekitar Bangi, Kajang, Semenyih & Hulu Langat

SAYA INGIN MENYUMBANG!

BAGAIMANA CARANYA?

Subhanallah.. Untungnya siapa yang mempunyai NIAT untuk BERWAKAF ini.

Lebih UNTUNG lagi mereka yang ambil tindakan untuk memberi sumbangan wakaf ini kepada rumah-rumah orang tua, masjid dan surau.

Jika anda ingin menyumbang, boleh terus klik pada link 'WAKAF SEKARANG' dibawah..

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim. 

Al Baqarah 254